Drama Memori Cinta Suraya [Astro Bella] | Bermula 17 Ogos 2015 lalu, Drama Memori Cinta Suraya lakonan watak utama Anzalna Nasir dan Hisyam Hamid telah ditayangkan di saluran Astro Bella dan Astro Mustika HD. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6.30 petang, drama ini juga menampilkan Afiq Muiz, Marissa Yasmin, Miera Liyana, Iqram Dinzly, Nafiez Zaidi dan Nazeera Saidi. Drama yang diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul ' A Love To Remember' ini mempunyai 148 episod. Wow! Lamanya!
Drama Memori Cinta Suraya
Drama Memori Cinta Suraya
Tajuk: Memori Cinta Suraya
Adaptasi: Telenovela Mexico 'A Love To Remember'
Episod : 148 episod 
Tarikh / Masa Tayangan: Mulai 17 Ogos 2015 / 
Isnin-Jumaat 6.30 petang
Siaran: Astro Mustika HD, Astro Bella (133)
Skrip: Rozie Rashid
Pengarah: Feroz Kader
Terbitan: Global Station
Pelakon: Hisyam Hamid, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Marisa Yasmin, Miera Leyana, Iqram Dinzly, Syafnida Shuhaimi, Kay Khydir, Nafiez Zaidi, Nazeera Sardi, Syuhaida Abraz, Arash Mohd, Watie Sadali, Kufrida, Zarynn Min, Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah, Tunku Hanis, Mahmud Ali Bashah, Zila Bakarin, Farid Wari, Aleza Shadan

SINOPSIS DRAMA MEMORI CINTA SURAYA

Mengisahkan tentang Suraya (Anzalna Nasir) yang menjejaki semula cinta Rayyan (Hisyam Hamid) yang sudah pulih ingatan. Rayyan merupakan seorang arkitek daripada sebuah keluarga kaya. Rayyan tercedera akibat pesawat peribadinya terhempas di hutan. namun dia bernasib baik diselamatkan oleh seorang gadis kampung, iaitu Suraya.

Akibat kemalangan tersebut, Rayyan mengalami amnesia dan tidak dapat mengingati identitinya dirinya sendiri. Dia dijaga oleh Suraya sehingga sembuh.

Rayyan dan Suraya mula jatuh cinta dan kemudiannya berkahwin. Semuanya nampak manis dan berjalan lancar sehinggalah Rayyan mendapat semula ingatan lamanya. Dia teringat bahawa dia telah bertunang dengan gadis bernama Irina dan langsung melupakan isterinya Suraya. Apakah cara Suraya untuk memenangi semula hati dan ingatan Rayyan?

Drama Memori Cinta Suraya

Drama Memori Cinta Suraya

Drama Memori Cinta Suraya




Advertisement

0 comments:

 
Top