Filem Polis Evo [Di pawagam17 September 2015] 

Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak

Filem: Polis Evo
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Genre: Aksi / Komedi
Edaran: TAYANGAN UNGGUL
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Mimie Ernida, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendi
Pengarah: Ghaz Abu Bakar

SINOPSIS FILEM POLIS EVO

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor Narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

GAMBAR PELAKON POLIS EVO

Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak

Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak

Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak

Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak

Kredit astrogempak


Advertisement

 
Top