Sinopsis Drama Cinta Koko Coklat Lakonan Zahirah MacWilson dan Aqasha | Drama terbaru Zahirah MacWilson bertajuk Cinta Koko Coklat kini menemui penonton di saluran NTV7 bermula 23 Julai 2018 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.

Drama Cinta Koko Coklat Lakonan Zahirah MacWilson dan Aqasha

DRAMA: CINTA KOKO COKLAT

JUMLAH EPISOD : 50 episod 
WAKTU SIARAN : Isnin - Jumaat jam 8:30 mlm

SIARAN : NTV7
SKRIP : Raja Azida, Baizura Kahar, Hafizh Alias
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd

BARISAN PELAKON DRAMA CINTA KOKO COKLAT


Zahirah Macwilson sebagai Damia
Aqasha sebagai Haikal

Raja Afiq sebagai Malik
Mimi Lana sebagai Darwina
Azrel Ismail sebagai Faizal
Sweet Qismina sebagai Danisya
Sasqia Dahuri sebagai Zara
Faralyna Idris sebagai Jasnita
Nafiz Muaz sebagai Naim
Sura Sojangi sebagai Jasmin
Azizah Mahzan sebagai Puan Sri Soraya
Shahrolnizam sebagai Jamal
Nizen Ayob sebagai Ehsan
Kay Maria sebagai Kalsom
Iman Zulkarnain sebagai Rizal
Dato Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Farish

Sinopsis Drama Cinta Koko Coklat Lakonan Zahirah MacWilson dan Aqasha

SINOPSIS DRAMA CINTA KOKO COKLAT


Damia (Zahirah Macwilson), Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal (Aqasha) sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik. Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal  (Azrel Ismail) sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina (Mimi Lana) pulang dari luar negara.

Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya (Azizah Mahzan) membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik (Raja Afiq) memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish (Dato Jalaluddin Hassan).

Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya (Sweet Qismina) bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim (Nafiz Muaz).

Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.

Advertisement

0 comments:

 
Top