Drama Monalisa di Astro Prima adaptasi drama Korea Women's Room lakonan Zara Zya, Hafreez Adam, Nazim Othman dan Mona Allen telah sampai ke episod terakhir. Dengarnya ramai yang tidak berpuas hati dengan penamatnya? Perlukan ulangan episod penuh drama Monalisa yang trending, terutamanya episod akhir ini?

DRAMA MONALISA LAKONAN ZARA ZYA DAH HAFREEZ ADAM

DRAMA MONALISA LAKONAN ZARA ZYA DAH HAFREEZ ADAM

SINOPSIS DRAMA MONALISA

Kisah Melissa (Zara Zya) seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan (Nazim Othman) yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona (Mona Allen) yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan.

Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden. Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam (Hafreez Adam) datang membantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

TONTON DRAMA MONALISA

Boleh tonton online episod penuh (sehingga episod 80) Drama Monalisa di page BoomSoya.

Jadi, pendapat anda. Mana lebih menarik? Drama Monalisa atau Women's Room?

Advertisement

 
Top