Drama Cinta Si Wedding Planner adaptasi dari Novel Cinta Si Wedding Planner karya Dhiyana menampilkan blogger dan pengacara Mira Filzah dan Adi Putra sebagai watak utama. Drama ini akan menggantikan Drama Akulah Balqis di Slot TV3 dan dijangka akan mula bersiaran pada 30 Disember 2015 ini.

[+] Baca Online Novel Cinta Si Wedding Planner Bab 1 - 6 di >>SINI<<

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

DRAMA : CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 episod
SIARAN : Akasia TV3
TARIKH / MASA : Mulai 30 Disember 2015 / Isnin - Khamis (7.00 malam)
ADAPTASI NOVEL : Cinta Si Wedding Planner
PENULIS NOVEL : Dhiyana
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Wan Sharmila, Shima Anuar, Ikhlas Jalil

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner


Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

SINOPSIS NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER


Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur di tengah jalan.
Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” – FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA 
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

“Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” - FARIZ
“For you, my dear... I will do anything for you.”- ZARA

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.” 
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?

GAMBAR PELAKON
Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner


Advertisement

0 comments:

 
Top