Sinopsis Drama Akulah Balqis | Akasia TV3 ini menggantikan Drama Hello, Mr. Perfect lakonan Ruhainies dan Fattah Amin. Karya terbaru Erma Fatima, Akulah Balqis ini masih mengekalkan pelakon utamanya didalam telefilem Balqis , Puteri balqis dan Nabila Huda yang pernah disiarkan di TV3 tidak lama dulu.


DRAMA : AKULAH BALQIS (Slot Akasia TV3)
Episod : 24 episod
Tarikh / Masa : Mulai 18 November 2015 / 7.02 malam ( Isnin - Khamis )
Siaran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Pali Yahya
Skrip : Erma Fatima
Terbitan : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Barisan Pelakon : Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, Puteri Aishah, Bella Dally, Fazlina Ahmad Daud, Anne Abdullah, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail

SINOPSIS DRAMA AKULAH BALQIS

Drama Akulah Balqis mengisahkan tentang seorang anak kecil bernama Balqis yang terpaksa menguruskan kehidupannya sendiri dan melupakan zaman persekolahannya setelah ibu dan ayahnya ditangkap.

Yamin, yang merupakan ayah Balqis menjadi tertekan setelah kehilangan pekerjaan. Akibat dari itu dia mula terjebak dengan kancah dadah.

Balqis tinggal sebatang kara dan dihantar ke rumah kebajikan. Suatu hari Balqis melarikan diri dan mulai hidup gelandangan.

Dijadikan cerita, ada seorang model bernama Milda yang kerap kali bermimpi tentang Balqis. Suatu hari mimpi yang kerap menghantui Milda bertukar menjadi realiti apabila dia secara tidak sengaja telah terlanggar Balqis dan membuat keputusan untuk membawa Balqis pulang ke rumahnya.

Apa yang akan terjadi kepada Balqis selepas itu? Dapatkah ayah dan ibu Balqis bertemu semula dengannya? Ikuti kesudahan Drama Akulah Balqis setiap hari isnin hingga Khamis jam 7.02 malam hanya di slot Akasia TV3.


Advertisement

0 comments:

 
Top