Drama Cinta Dari Marikh | Selekta Prima RTM TV2 membariskan pelakon Fattah Amin, Chacha Maembong, Amyza Aznan, A. Galak dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh pengarah Syafiq Yusof dan menghiasi slot Selekta Prima RTM TV2.

Drama Cinta Dari Marikh | Sinopsis

Drama : Cinta Dari Marikh
Episod : 26 episod
Tarikh / Waktu : Mulai 30 November 2015 / Setiap Isnin 
Saluran : RTM TV2
Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Fattah Amin, Chacha Maembong, Syafiq Yusof, Amyza Aznan, A. Galak, Harun Salim Bachik, Nur Fatiha Binti Razali (Tyha), Wan Kharina Alisa, Kamal Fareidz, Ruzaidi, Zila Bakarin


SINOPSIS DRAMA CINTA DARI MARIKH


Drama Cinta Dari Marikh ini mengisahkan percintaan antara Aiman (Fattah Amin) yang jatuh cinta dengan makhluk dari planet Marikh, Nova (Chacha Maembong). Aiman, pelajar kolej yang bercita-cita besar mahu menjadi seorang pelakon aksi terhebat seperti Aaron Aziz. Aiman mempunyai dua teman rapat, Farah dan Zam. Datuk Aiman (A. Galak) sudah tidak tahan dengan perangai cucunya itu lalu mahu menghantar Aiman ke kolej tentera untuk mendapatkan pendidikan dan mendisiplinkan cucunya itu.

Sementara itu Nova berasal dari planet Marikh yang sedang mengalami cuaca yang teruk akibat pemanasan global yang berlaku di planet itu angkara penghuni-penghuninya tidak mengendahkan ekosistem dan alam sekitar mereka. Tidak lama lagi, mereka terpaksa berpindah ke planet lain. Tujuan Nova berhijrah ke bumi adalah untuk mengkaji kehidupan di dunia dengan menjalani kehidupan seperti manusia biasa sebelum membawa kaumnya berhijrah ke bumi.

Dalam pada ketika Nova sedang merentasi portal ke bumi, Aiman telah berkhemah bersendirian di dalam gua diatas bukit yang selalu dikunjunginya. Aiman terkejut dan amat takut melihat Nova yang kelihatan bercahaya bersinar-sinar. Setelah itu Aiman terus lari jauh ke dalam hutan, tetapi malangnya telah terjatuh ke dalam gaung yang sangat dalam dan tidak sedarkan diri.

Kaiser (Kamal Fareidz), pemburu makhluk asing, berniat untuk membunuh kedua-dua mereka tetapi tidak kesampaian kerana wajah Nova sama seperti bekas kekasih hati Kaiser.

Bagaimanakah kesudahannya? Adakah ada cinta antara  manusia dan makhluk asing ini dan mampukah mereka bersatu? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.


Drama Cinta Dari Marikh | Sinopsis






Advertisement

0 comments:

 
Top