Drama Adaptasi Novel Isteri vs Tunang kerya Aesya Azahar lakonan Scha Al-Yahya dan Hisyam Hamid akan menemui penonton pada Februari 2016 di saluran Astro Ria dan Ria HD. Drama ini terbitan Cube Film Sdn Bhd dan diarahkan oleh Michael Ang.

Sinopsis Drama Isteri vs Tunang

TAJUK DRAMA: ISTERI vs TUNANG
Tarikh / Masa: Februari 2016
Terbitan: Cube  Film Sdn Bhd
Pengarah: Michael Ang
Pelakon: Scha Al-Yahya, Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Lia Natalia, Fahad Iman, Shah Rezza, Liza Abdullah

Sinopsis Drama Isteri vs Tunang

BARISAN PELAKON


Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Lia Natalia sebagai Putri
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Shah Rezza sebagai  Dahlan

Sinopsis Drama Isteri vs Tunang

SINOPSIS NOVEL ISTERI vs TUNANG


Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti... itulah meresahkan hati.” 






Advertisement

0 comments:

 
Top