Drama Adaptasi Novel Today I Married My Bestfriend ini karya novelist Shamnuriezmil (novelist yang sama novel Tuan Anas Mikael). Dengarnya Aiman Hakim Redza dan Nur Fathia Latiff yang akan memegang watak utama. Nantikan.
Front cover Novel Today I Married My Best Friend
SINOPSIS NOVEL TODAY I MARRIED MY BESTFRIEND | SYAMNURIEZMIL
“Berdua dengan aku lebih baik kan?”
“Tapi ada syaitan kalau berdua.”
“Tu sebab aku nak ajak kau kahwin cepat-cepat. Boleh ke?”
Menganga mulut aku bila my best friend ajak aku kahwin. Yang aku
risaukan… aku akan kehilangan kawan baik aku! Bayangkan, lelaki yang
selama ini biasa aku melepak sama, merepek sama-sama, tiba-tiba… nak
jadi kekasih aku? Uuuu… Tak ke janggal?
Lagi haru aku nak menolak, bila mak kata, dari dulu lagi dia dah
dapat agak jodoh aku akan dengan Usyair tu. Nak mengadu kat Umairah pun
tak ada guna sebab dia lagi buat aku terfikir yang abang dia tu memang
ditakdirkan berjodoh dengan aku. Argh! Tak ada ke siapa-siapa boleh
cakap yang aku dengan Usyair tu takkan boleh jadi kekasih, apatah lagi
suami isteri?
Kenapa perjanjian kami dulu yang berjanji nak kawan sampai mati tapi
tak boleh sampai kahwin tu terbubar pula? Dan dengan senang-senangnya
Usyair buat perjanjian baru dan batalkan perjanjian lama, iaitu;
“Kita kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin kecuali...”
“Kecuali apa?”
“Pada penghujung umur kita 27 tahun, kita tak
ada sesiapa, yang ada hanya kau dan aku saja dalam hubungan kita ni,
kita boleh kahwin sesama kita.”
“Errr…”
Aduhai... Perlu ke aku bersetuju? Lamaran Usyair itu tak salah sebab
aku memang tak ada sebab untuk tolak dia. Tapi… sanggup ke aku
kehilangan kawan baik aku sendiri? Nampaknya aku harus bertindak untuk
membuktikan pada diri aku sendiri sama ada aku harus menerima Usyair
ataupun menolaknya bulat-bulat.
“Aku ajak kau kahwin... sebab aku cintakan
kau. Kalau kau cintakan aku, kau accept my proposal. Simple, Qis. Esok
hari... tak ada siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang tahu. So, kalau kau
tanya, boleh ke tak boleh ke... aku tak ada jawapan untuk itu sebab itu
Tuhan punya kerja. But I have faith on us. I trust us. Do you?”
Nantikan..
1 comments:
Same cam cerita korea- the time we were in love
Post a Comment