Drama Cik Cinderella & Encik Tengku akan menemui penonton pada akhir tahun ini di Slot Lestary TV3. Drama adaptasi novel karya novelis Airisz ini membariskan pelakon Shukri Yahaya, Zahirah McWilson, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Zulin Aziz, Eizlan Yusif, Aleeza Shadan, Aida Khaleeda dan Sheeery Al Hadad.
DRAMA: CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU
Episod : 13 episod
Tarikh / Masa : Mulai 16 Disember 2015 / Rabu / Khamis (9.00 malam)
Siaran : Slot Lestary TV3
Adaptasi Novel : Cik Cinderella & Encik Tengku
Novelis : Airisz
Pengarah : Eoon Shuhaimi
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon: Shukri Yahaya, Zahirah McWilson, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Zulin Aziz, Eizlan Yusif, Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sheeery Al Hadad.
SINOPSIS CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU
Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang
seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak
tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering
melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih
yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang
perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh
keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin
pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula,
semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan,
perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang
elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi
sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan
sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin
berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam
dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya
terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana
amanat arwah ibunya,.
Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?

Sumber sinopsis: infotaip
0 comments:
Post a Comment