Telemovie Rose Emilia akan menemui penonton di Skrin di 9 pada Isnin depan. Telemovie yang membariskan Nabila Huda, Tiz Zaqyah dan Keith Foo ini akan bersiaran pada jam 8.30 malam.

SINOPSIS TELEMOVIE ROSE EMILIA



Sinopsis Telemovie Rose Emilia di Skrin di 9

Kisah bermula apabila Emilia (lakonan Tiz Zaqyah) terjaga daripada tidur dan mendapati tunangnya, Qayyum (Keith Foo) berada di depan halaman rumahnya dengan seorang wanita yang dalam keadaan mabuk dan tidak terurus. Rose (Nabila Huda) merupakan bekas teman wanita Qayyum. Dia cuba untuk membunuh diri tetapi gagal. Disebabkan itu, Qayyum meminta Emilia menjaga Rose sehingga pulih. 

Hidup Emilia menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Rose yang selalu membawa masalah. Tidak lama kemudian Emilia tahu siapa Rose sebenarnya dan mengapa Qayyum meninggalkannya dulu. Saksikan selanjutnya di Skrin di 9.

TELEMOVIE : ROSE EMILIA
TARIKH / MASA : 21 Mac 2016 (8.30 malam) 
SIARAN : Slot Skrin DI 9 (TV9)
SKRIP : Adzim Shahabudin
PENGARAH : Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler)
TERBITAN : Country & Universal
PELAKON : Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Keith Foo, Lana Nordin, Iqram Dinzly, Zarina Zainuddin, Ryiena Ismail, Idris Mat Diah, Ku Faridah




Advertisement

0 comments:

 
Top