Drama Cinta Hati Abah | Samarinda TV3



Drama: Cinta Hati Abah
Tarikh / Masa Siaran: Mulai 20 Januari 2016 / Setiap Isnin - Rabu [10.00 malam]
Siaran: Slot Samarinda TV3
Skrip: Zarihah Hassan
Pengarah: Azmi Hatta
Terbitan: Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon: Esma Daniel, Nonny Nadirah, Zara Zya, Nor Zara Sophia, Sweet Farhanah, Ben Amir, Afiq Muiz, Nor Albaniah, Razak Ahmad, Laila Nasir

SINOPSIS DRAMA CINTA HATI ABAH

Drama terbaharu di Slot Samarinda menggantikan drama Aku Pilih Kamu, Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh (Esma Daniel), seorang nelayan yang telah kematian isteri, mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura (Nonny Nadirah), Intan (Zara Zya) dan Zaharah (Sweet Farhanah). 

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh bijak tetapi mempunyai personaliti yang amat berbeza. Baizura anak sulung, walaupun menjadi  harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang tauke keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Seorang yang lebih merendah diri dan amat sayangkan ayahnya dan adiknya Zaharah.

Zaharah anak ketiga juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. 

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan ketiga-ketiga anak perempuannya. Saksikan Pak Salleh dan ketiga-tiga anak perempuannya setiap hari Isnin - Rabu jam 10.00 malam di TV3.
 


Advertisement

0 comments:

 
Top