Drama Jangan Benci Cintaku Ep. 10 | Drama Jangan Benci Cintaku lakonan Saharul Ridzwan dan Zahirah MacWilson sedang ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin - Khamis jam 6.58 petang.

Drama ini adalah adaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya novelis Emy Roberto terbitan Idea Kreatif Publication.

[+]Baca: Lirik OST Drama Jangan Benci Cintaku - Sampai Bila nyanyian Misha Omar
Spek mata aku lindungi cahaya matahari je, bukan skandal dia" ~ Fiqa

SINOPSIS DRAMA JANGAN BENCI CINTAKU

Drama Jangan Benci Cintaku TV3 lakonan Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson

Perkahwinan Rafeeqa (Zahirah Macwilson) dan Shahrizal (Saharul Ridzwan) adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya.

Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna (Niena Baharun) dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

TONTON ONLINE DRAMA JANGAN BENCI CINTAKU EP.10



 Tonton Drama Jangan Benci Cintaku Ep. 10 di >> SINI <<

Advertisement

0 comments:

 
Top