Baca Online Novel Jangan Benci Cintaku | Drama adaptasi Novel Jangan Benci Cintaku karya novelis Emy Roberto memang tengah viral sekarang. Watak Fika, Shah dan Husna memang menjadi, terutamanya watak Husna. Memang buat geram kan? Haha.
Buat yang berminat dengan novel Jangan Benci Cintaku ini, boleh baca terlebih dahulu beberapa bab awal.
Tajuk : Jangan Benci Cintaku
Penulis : Emy Roberto
Penulis : Emy Roberto
Penerbitan : Idea Kreatif Publication
Harga : RM26.00
Harga : RM26.00
SINOPSIS NOVEL JANGAN BENCI CINTAKU
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.
Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
A NO is always a NO Shah. Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal.
Tetapi…..
Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal
Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.
‘Make him fall for you!’- Damia Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.
Fika, you’ve lose weight.”– Shahrizal
Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
Mari, saya peluk.” - Shahrizal
Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
0 comments:
Post a Comment