Drama Kau, Aku, Kita | Drama terbaru dari adaptasi novel Kau, Aku, Kita karya novelis Orkid Edyliyne ini diterajui gandingan utama Syarul Ridzwan, Janna Nick dan Hafidz Roshdi. Diarahkan oleh Azman Yahya dibawah syarikat produksi JS Picture Sdn. Bhd. Drama ini akan bersiaran di slot Lestary TV3.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipJktKoIF-8lks2ri_aVpb5CSmwr_ZDnyhKSGRq8-axe_L6cwa8QcRYXAubKhDfGiXZp_t1p9E_DB4xhPyDKq1oCZh0Mmsr6fkxKOHhoXMN9p9tF7Hy8LAQFFnKBpjBbPEkCcQrJUnd-Q/s1600/Kau+Aku+Kita.jpg
DRAMA: KAU, AKU, KITA (SLOT LESTARY TV3)
Episod: 13 episod
Tarikh / Masa: bermula 28 Oktober 2015 / 9.00 malam (Rabu & Khamis)
Siaran: Slot Lestary TV3
Adaptasi Novel: Kau Aku Kita
Novelis: Orkid Edyliyne
Pengarah: Azman Yahya @ Jinggo
Skrip: Rehal Nuharis
Terbitan: JS Picture Sdn. Bhd.
Pelakon: Syarul Ridzwan, Janna Nick, Hafidz Roshdi

SINOPSIS KAU, AKU, KITA
Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’.

Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapanya, Namun Aus tidak mahu mengahwini perempuan pilihan bapanya itu dan Aus mendapat idea dimana beliau mahu Iman mengahwininya. Kehidupan Iman tidak seperti Firdaus, Iman seorang yatim piatu dan melalui kehidupan yang susah sedangkan pelajarannya pula entah ke mana.

Maka satu perjanjian perkahwinan telah dimeterai oleh mereka. Namun ia hanyalah perjanjian yang sekadar di mulut.
 

SINOPSIS NOVEL KAU, AKU, KITA
"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?" 


Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri. 

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

GAMBAR PELAKON KAU, AKU, KITA

 


Kredit: Info Taip 

Advertisement

0 comments:

 
Top