Drama Dhia Sofea Terbaru di Slot Samarinda TV3 bakal menggantikan drama Bukan Isteri Sempurna yang dibintangi oleh Atikah Suhaime dan Dazrin Kamaruddin. Drama Dhia Sofea ini dibintangi oleh pelakon Fadlan Hazim, Amyra Rosli dan Syafiq Kyle dan merupakan terbitan dan arahan Rashid Sibir.

Drama Dhia Sofea Samarinda TV3 lakonan Amyra Rosli


DRAMA: DHIA SOFEA (Slot Samarinda TV3)
Episod: 15 episod
Tarikh / Masa: Oktober 2015 / 10.00 - 11.00 malam (Rabu & Khamis)
Siaran: Slot Samarinda TV3
Pengarah: Rashid Sibir
Penerbit: Rashid Sibir
Skrip: Rashid Sibir / Basri Musa
Terbitan: Rashbir Media Sdn Bhd
Pelakon: Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Maria Farida, Eizlan Yusof

SINOPSIS DRAMA DHIA SOFEA
23 tahun yang lepas, Dhia (Amyra Rosli) diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu. Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim piatu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim). Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida). Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti. Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly? 


Advertisement

0 comments:

 
Top