Drama Syurga Nur [Slot Akasia TV3] | Drama Dia..Isteri Luar Biasa akan melabuhkan tirainya esok. Sesiapa yang tak sempat tengok, hah, lusa sila streaming atau rakam guna Astro ye! Hehe. Tapi, selepas tamatnya drama tersebut, drama apa yang akan mengisi slot Akasia TV3 jam 7.00 malam ini. Jawapanyannya tentulah Drama Syurga Nur!


Sinopsis Drama Syurga Nur

Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?


SYURGA NUR
Episod : 28 episod 
Tarikh & Masa : 1 Julai 2015 (Isnin-Khamis, 6.55pm)
Skrip : Sofia J Rhyland
Olahan : Sheila Rusly
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Barisan Pelakon : 
Janna Nick sebagai Nur
Amar Asyraf sebagai Kamil
Azrel Ismail sebagai Dr Haris
Sheila Rusly sebagai Sarina
Raja Ilya sebagai Alin
Dayana Roza sebagai Siti
Erwin Dawson sebagai Adib
Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
Elin Sharliza sebagai Alia
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Johar
Anne Abdullah sebagai Datin Marian
Shajiry sebagai Said
Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
Yaya Zahir sebagai Emma
Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

Kredit: infotaip



Advertisement

0 comments:

 
Top