Drama Cinta Teruna Kimchi di slot Zehra TV3 dan telah bersiaran mulai 28 Januari 2016 lalu. Drama yang membariskan pelakon Nazim Othman sebagai pemuda Korea, Nur Risteena dan Johan Ashaari ini pastinya dapat menarik ramai peminat drama Korea untuk menontonnya disebabkan banyak scene di negara Korea tersebut.
Drama: Cinta Teruna Kimchi
Siaran: Slot Zehra TV3
Tarikh / Masa Siaran: Mulai 28 Januari 2016 (Rabu - Jumaat) / 9.00 malam
Pengarah: Heykal Hanifah
Terbitan: Layar Consult Sdn Bhd
Pelakon:
Nazim Othman sebagai Kang Ye Jun
Johan As'ari sebagai Amin
Nur Risteena sebagai Suraya
Niena Baharun sebagai Saidah
Feiyna Tajudin sebagai Ameena
Bodt Sharade sebagai Faisal
Kamal Ibrahim sebagai Zainal
SINOPSIS DRAMA CINTA TERUNA KIMCHI
Drama ini mengisahkan pergolakan emosi dan rohani Kang Ye Jun (Nazim Othman), seorang mahasiswa separa Korea di mana dia sering mendapat mimpi serupa yang bakal membawanya lebih dekat dengan cinta kepada Tuhan.
Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya.
Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam.
Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia dalam misinya tersebut? Saksikan kisah-kisah menarik tersebut dalam Drama Cinta Teruna Kimchi setiap hari Rabu - Jumaat jam 9.00 malam di TV3.
0 comments:
Post a Comment